Mengenai Kami

Semua yang anda perlu tahu tentang Syarikat kami

SIAPA KAMI


Solsis (M) Sdn Bhd ialah anak syarikat Dataprep Holdings Bhd (DHB) yang mempunyai pengiktirafan sebagai syarikat IT Malaysia pertama yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia Securities Berhad) pada tahun 1991. Sebagai perintis dalam industri, DHB bersama anak syarikatnya telah mengumpul 47 tahun pengalaman IT secara kolektif.


Pembekal perkhidmatan IT (Teknologi Maklumat), Kumpulan Dataprep menawarkan spektrum penuh perkhidmatan ICT kepada pelbagai pelanggan dalam pelbagai industri, antaranya perkhidmatan dan produk kerajaan, pendidikan, telekomunikasi dan kewangan.


Sebagai perintis dalam industri ICT, kami kekal teguh dan fokus dalam semua usaha kami untuk mengatasi sebarang cabaran yang mungkin kami hadapi. Kami telah menyatukan kekuatan kami, mengubah budaya perkhidmatan kami dengan bertujuan untuk meletakkan diri kami sebagai peneraju pasaran dalam Revolusi Perindustrian 4.0 ("IR 4.0") dan seterusnya memastikan pertumbuhan yang mampan untuk kedua-dua pemegang saham dan pemegang kepentingan kami.

Image

VISI KAMI


Untuk menjadi syarikat perkhidmatan IT serantau terkemuka yang menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan perniagaan dan teknologi.

Image

MISI KAMI


Untuk membina hubungan dan membangunkan solusi dan perkhidmatan berinovasi yang membantu pelanggan mencipta dan merealisasikan nilai.

Image